Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 157781

Pelawat

We have 6 guests online
Usah rendahkan martabat SK - Prof. Dr. Rosnani Hashim (1 Disember 2009) PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa

Saya mengikuti perkembangan yang bermula daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai prestasi Sains dan Matematik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengatasi Sekolah Kebangsaan (SK).

Kenyataan beliau ini kemudian disusuli dengan cadangan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, agar guru-guru SK belajar daripada SJKC bagi dua subjek ini.

Sebenarnya mitos SJKC lebih pintar dalam Sains dan Matematik ini wajar dibicarakan. Adakah benar pelajar SJKC lebih pintar dalam Matematik daripada pelajar SK? Saya kurang setuju dengan kenyataan tersebut.

 
MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas Presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tak terbukti , tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair.

Pada Hari Raya Aiduladha,Hari Raya Korban (1430) yang mengajak umat Islam bertaqwa, marilah kita semua menginsafi nasib dan masa depan masyarakat Islam di Malaysia,khasnya, dan di dunia antarabangsa selanjutnya.

 
KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Ini sebuah kelakar yang brutal yang dikirimkan kepada saya dari seberang sempadan:

Musharraf, Gloria Aroyo, Mahathir dan Lee Kuan Yew sedang mengembara menuju ke suatu destinasi dalam keretapi. Musharraf duduk berdepan denganAroyo, dan Mahathir berdepan dengan Lee Kuan Yew. Apabila keretapi melintas sebuah terowong, gerabak keretapi menjadi gelap gelita, dan terdengar bunyi ciuman dan kucupan yang kuat dan kemudian bunyi tamparan.

Sejurus keretapi keluar daripada terowong gerabak kembali terang. Keempat-empat mereka nampak semacam bingung, tetapi bersikap diplomatik tak memberi komentar apa-apa.
 
Serlahkan Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dengan Menggunakan Istilah Bahasa Melayu - Mohd Isa Abd Razak (25 November 2009) PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa
Bahasa kebangsaan kita berkembang begitu pesat. Perkembangan itu ketara dari segi penciptaan istilah. Kini bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu, mempunyai hampir sejuta istilah. Pengguna bahasa Melayu menggunakan istilah itu dalam pelbagai ranah ilmu.

Kita memang tidak perlu mengetahui, apalagi mengingat, semua istilah itu. Namun, kita perlu mengetahui istilah yang lazim digunakan agar kita dapat menggunakan istilah yang betul sama ada dalam komunikasi lisan atau tulisan. Antara istilah yang lazim itu termasuklah yang berkaitan dengan perniagaan, perhubungan dan nama tempat.

Ada banyak sumber untuk kita mengesan istilah dalam sesuatu bidang. Antara sumber itu termasuklah kemudahan rujukan yang terdapat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, kita dapat pula mengesan beberapa banyak istilah dalam blog guru Bahasa Melayu. Antara blog itu termasuklah blog Witra.
 
Peranan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan – Tan Sri Muhyiddin PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa
“Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mempunyai peranan besar dalam menegakkan identiti dan jati diri bangsa Malaysia, dan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia sangat dominan,” ujar YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohamad Yassin ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Kuching pada 6 Oktober 2009.

 
Benarkah Bahasa Melayu Teras Bahasa Kebangsaan? - Mohd Isa Abd Razak (26 November 2009) PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa

Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi perkataan “teras”. Yang pertama, teras ialah bahagian yang keras dalam batang kayu atau dikenali juga sebagai hati kayu. Yang kedua, teras ialah bahagian beras dan lain-lain yang sudah dibersihkan. Yang ketiga, teras ialah kiasan bagi sesuatu yang terpenting, isi yang terbaik, atau sesuatu yang menjadi asas atau dasar bagi sesuatu.

Makna yang ketiga luas penggunaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna bahasa Melayu menggunakan kata "teras" secara kiasan dalam pelbagai konteks. Mereka mencipta berbagai-bagai ungkapan yang menggunakan perkataan “teras” secara kiasan.

Negara kita pernah menggunakan kata “teras” dalam tema Hari Kebangsaan, iaitu “Nasionalisme Teras Perpaduan” pada tahun 1985 dan “Perpaduan Teras Kejayaan” pada tahun 2008. Kata “teras” juga digunakan dalam tema Hari Guru, iaitu “Pendidikan Teras Perpaduan Negara” (1980), “Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan” (1983), “Pendidikan Teras Nasionalisme” (1986), “Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan” (1992), dan “Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia” (1996). Ungkapan popular yang menggunakan kata teras pula ialah ungkapan “UMNO ialah teras Barisan Nasional”.

 
Hargai Sumbangan Dan Kekayaan Sumber Intelektual Islam PDF Print E-mail
Kolum Agama
Tindakan mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya (gambar sebelah kanan), berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.

Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah. "Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.
 
Apabila kekuatan sendiri dilupakan - Dr. Ridhuan Tee PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih

Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka  mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?

Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.

 
Celik Huruf: Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh-sungguh Menanganinya - Mohd Isa Abd Razak (5 November 2009) PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa

Pada tahun 2009, sebanyak 67 peratus kanak-kanak di negara kita berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Pada tahun 2012, kerajaan menyasarkan 87 peratus kanak-kanak mendapat peluang untuk mengikuti kelas prasekolah. Sasaran ini berupa peningkatan sebanyak 20 peratus.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan perkara ini dalam sesi soal jawab di Parlimen. Berita Harian Online (BHO) melaporkan perkara ini pada 3 September 2009.

Menurut satu sumber, pada tahun 2009 murid prasekolah berjumlah 342,706 orang. Peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2012 menjadikan pelajar prasekolah di negara kita berjumlah 447,556 orang.

Pada 12 September 2009, BHO menyiarkan berita “35,000 Murid Tak Tahu Baca, Menulis”. Angka dalam tajuk berita itu silap. Dalam intro berita itu dinyatakan bahawa sebanyak 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 33