|
Ekonomi & Perniagaan
|
Syarahan Perdana Wacana Ke-2 Anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) disampaikan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Sabtu, 15.8.2009, jam 9:00 pagi bertempat di Dewan Gelaria Perdana, Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
1. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak penganjur, iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas (bukan MP UMNO!) atas kesudiannya mempelawa saya untuk menyampaikan Syarahan Perdana ini atas tajuk Cabaran Ekonomi Bumiputera Dalam Liberalisasi 1Malaysia.
|