Artikel Pilihan
- Usah rendahkan martabat SK - Prof. Dr. Rosnani Hashim (1 Disember 2009)
- MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009)
- KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009)
- Serlahkan Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dengan Menggunakan Istilah Bahasa Melayu - Mohd Isa Abd Razak (25 November 2009)
- Peranan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan – Tan Sri Muhyiddin
- Benarkah Bahasa Melayu Teras Bahasa Kebangsaan? - Mohd Isa Abd Razak (26 November 2009)
- Hargai Sumbangan Dan Kekayaan Sumber Intelektual Islam
| Peta Lokasi Yayasan Penataran Ilmu |
|
|
|
| Kenyataan Media Kumpulan Prihatin |
|
KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa BBK/NGO-NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Maklumat lanjut sila layari laman sesawang; www.prihatin.net
Ruj. kami : KP/2008/media Tarikh : 11 September 2008 / 11 Ramadan 1429H
Yang Berbahagia Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan Presiden/Pengerusi/Yang Di-Pertua/ Wakil-wakil Yayasan/Persatuan/Pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Yang Berbahagia Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan;
JEMPUTAN MESYUARAT DAN SIDANG MEDIA MENGENAI ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
Merujuk kepada perkara di atas sukacita dijemput Yang Berbahagia Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan pimpinan Badan-Badan Bukan Kerajaan (BBK/NGO) untuk menghadiri Sidang Media bersama mengenai ”Isu Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)” susulan daripada Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung isu yang sama pada 26 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut :
Tarikh : 12 September 2008 / 12 Ramadan 1429H (Jumaat) Masa : 10:00 pagi - Mesyuarat / Taklimat bersama BBK/NGO 11:00 pagi - Sidang Media Tempat : Yayasan Penataran Ilmu (YPI) (bersebelahan pejabat GAPENA), JKR 851, Jalan Dewan Bahasa 50460, Kuala Lumpur Peta Lokasi : muat turun dari laman www.prihatin.net
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Khairul Arifin Mohd Munir (0162196700 – SUA ABIM), Sdr. Kamal Shukri (012-20022811 - Timb. Presiden PLM) atau Sdr. Akmal Hisham (013-3005429 - Penyelaras Kumpulan Prihatin). Kerjasama daripada pihak Y.Bhg Tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar;
KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR Bagi pihak Y.Bhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Abu Bakar Hamid, Pengerusi Kumpulan Prihatin.
Peta Lokasi Yayasan Penataran Ilmu ![]() |





