Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168032

Pelawat

We have 2 guests online
Kolum Agama
Hargai Sumbangan Dan Kekayaan Sumber Intelektual Islam PDF Print E-mail
Kolum Agama
Tindakan mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya (gambar sebelah kanan), berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.

Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah. "Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.
 
Konflik Dunia Islam dan Pengajarannya kepada Umat Islam - Tuan Haji Ahmad Azam PDF Print E-mail
Kolum Agama
1. Sejak memasuki abad 21 yang setahun lagi genap satu dasawarsa, dunia Islam nampaknya belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit sebagai kuasa dunia yang disegani sebagaimana yang pernah dikecapinya dari Abad ke 7 hinggalah ke Abad 19. Malah satu demi satu Negara Islam dilanda konflik samada dengan Negara Barat atau sesama sendiri.

2. Konflik yang berlaku di dunia Islam adalah akibat faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran adalah campurtangan kuasa luar untuk tujuan penjajahan dan penaklukan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Faktor dalaman pula ialah akibat kelemahan sistem pemerintahan kerajaan Islam sendiri dan kelemahan para pemimpinnya. Namun kedua faktor ini adalah saling kait mengait antara satu sama lain.

3. Selepas berlakunya peristiwa serangan September 11, 2001 ke atas Twin Towers, New York, Amerika Syarikat telah melancarkan strategi ‘Hard War’ dan ‘Soft War’ terhadap dunia Islam. ‘Hard War’ bermaksud menjajah Negara Islam melalui peperangan, sedangkan ‘Soft War’ ialah melancarkan perang secara halus seperti penjajahan fikiran dan budaya.
 
Nota Usrah 1: Keadilan Sosial Dan Integriti Dalam Konteks Semasa Dan Perbandingan Yang Silam PDF Print E-mail
Kolum Agama
A.  Perbahasan:

Persoalannya adakah semestinya hanya ’Umar Abd Aziz sahaja yang harus dirujuk sebagai pemimpin Muslim contoh yang adil. Tiadakah pemimpin lain semasa atau yang sesudahnya yang seumpamanya dalam memerintah dengan adil? Kenapa seolah-olah keadilan sosial dan integriti di Barat terutama di Scandinavia berada di tangga teratas manakala negara-negara Islam diberi taraf yang terendah. Sukarelawan Norway sebagai contoh berkhidmat sebagai pengaman dan pekerja bantuan di merata pelusuk bumi Islam yang dilanda musibah dan peperangan. Negarawan dan tokoh politik mereka menjelajah seluruh dunia dengan misi membawa puak-puak bertentangan ke meja rundingan. Mereka mencerminkan altruisme dan semangat kemanusiaan -”the spirit of humanity”. Masyarakat sivil mereka sangat kuat dan bertindak bagi mengawal ketelanjuran kerajaan. Institusi demokratik berfungsi mengawal dan memastikan keadilan pemerintahan. Kenapa umpamanya PM Sweden berhenti di lampu isyarat jika lampunya merah?