Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168390

Pelawat

We have 18 guests online
Biodata Prof. Dr. Awang Sariyan - 2009 PDF Print E-mail
Ole-Ole Dari Beijing
Prof. Dr. Awang Sariyan ialah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia – Republik Rakyat China di Beijing Foreign Studies University. Ia memulakan kerjaya sebagai guru, kemudian sebagai editor dan ketua editor di firma penerbitan FEP International, pegawai penyelidik dan pegawai penyelidik kanan bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia, penolong profesor di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Profesor Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia  dan Profesor Bahasa di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Beliau telah menghasilkan lebih 50 judul buku ilmiah, buku umum, buku teks dan kamus, ratusan makalah ilmiah dan lebih 1,000 makalah umum. Lebih 200 kertas kerja (termasuk ucap utama, kertas dasar, kertas kerja utama dan syarahan) telah dibentangkan di Malaysia dan di luar negara (Australia, Belanda, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand).

Dalam gerakan bahasa di peringkat negara, beliau menjadi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dari tahun 2000 hingga April 2008, anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) dan anggota Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Di peringkat serantau, beliau sering mewakili negara dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM) dan di peringkat antarabangsa pernah menjadi anggota eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).