|
Pendidikan & Bahasa
|
|
Saya mengikuti perkembangan yang bermula daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai prestasi Sains dan Matematik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengatasi Sekolah Kebangsaan (SK).
Kenyataan beliau ini kemudian disusuli dengan cadangan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, agar guru-guru SK belajar daripada SJKC bagi dua subjek ini.
Sebenarnya mitos SJKC lebih pintar dalam Sains dan Matematik ini wajar dibicarakan. Adakah benar pelajar SJKC lebih pintar dalam Matematik daripada pelajar SK? Saya kurang setuju dengan kenyataan tersebut.
|
|
|
Pendidikan & Bahasa
|
 Bahasa kebangsaan kita berkembang begitu pesat. Perkembangan itu ketara dari segi penciptaan istilah. Kini bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu, mempunyai hampir sejuta istilah. Pengguna bahasa Melayu menggunakan istilah itu dalam pelbagai ranah ilmu. Kita memang tidak perlu mengetahui, apalagi mengingat, semua istilah itu. Namun, kita perlu mengetahui istilah yang lazim digunakan agar kita dapat menggunakan istilah yang betul sama ada dalam komunikasi lisan atau tulisan. Antara istilah yang lazim itu termasuklah yang berkaitan dengan perniagaan, perhubungan dan nama tempat. Ada banyak sumber untuk kita mengesan istilah dalam sesuatu bidang. Antara sumber itu termasuklah kemudahan rujukan yang terdapat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, kita dapat pula mengesan beberapa banyak istilah dalam blog guru Bahasa Melayu. Antara blog itu termasuklah blog Witra.
|
|
Pendidikan & Bahasa
|
 “Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mempunyai peranan besar dalam menegakkan identiti dan jati diri bangsa Malaysia, dan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia sangat dominan,” ujar YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohamad Yassin ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Kuching pada 6 Oktober 2009.
|
|
Pendidikan & Bahasa
|
|
Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi perkataan “teras”. Yang pertama, teras ialah bahagian yang keras dalam batang kayu atau dikenali juga sebagai hati kayu. Yang kedua, teras ialah bahagian beras dan lain-lain yang sudah dibersihkan. Yang ketiga, teras ialah kiasan bagi sesuatu yang terpenting, isi yang terbaik, atau sesuatu yang menjadi asas atau dasar bagi sesuatu.
Makna yang ketiga luas penggunaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna bahasa Melayu menggunakan kata "teras" secara kiasan dalam pelbagai konteks. Mereka mencipta berbagai-bagai ungkapan yang menggunakan perkataan “teras” secara kiasan.
Negara kita pernah menggunakan kata “teras” dalam tema Hari Kebangsaan, iaitu “Nasionalisme Teras Perpaduan” pada tahun 1985 dan “Perpaduan Teras Kejayaan” pada tahun 2008. Kata “teras” juga digunakan dalam tema Hari Guru, iaitu “Pendidikan Teras Perpaduan Negara” (1980), “Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan” (1983), “Pendidikan Teras Nasionalisme” (1986), “Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan” (1992), dan “Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia” (1996). Ungkapan popular yang menggunakan kata teras pula ialah ungkapan “UMNO ialah teras Barisan Nasional”.
|
|
Pendidikan & Bahasa
|
|
Pada tahun 2009, sebanyak 67 peratus kanak-kanak di negara kita berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Pada tahun 2012, kerajaan menyasarkan 87 peratus kanak-kanak mendapat peluang untuk mengikuti kelas prasekolah. Sasaran ini berupa peningkatan sebanyak 20 peratus.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan perkara ini dalam sesi soal jawab di Parlimen. Berita Harian Online (BHO) melaporkan perkara ini pada 3 September 2009.
Menurut satu sumber, pada tahun 2009 murid prasekolah berjumlah 342,706 orang. Peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2012 menjadikan pelajar prasekolah di negara kita berjumlah 447,556 orang.
Pada 12 September 2009, BHO menyiarkan berita “35,000 Murid Tak Tahu Baca, Menulis”. Angka dalam tajuk berita itu silap. Dalam intro berita itu dinyatakan bahawa sebanyak 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>
|
|
Page 1 of 9 |