|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
|
Sunday, 28 September 2008 04:18 |
Nampaknya seluruh perhatian orang UMNO hari ini tertumpu kepada peralihan kuasa. Dengan kata lain perebutan kuasa.
Apakah ini isu terbesar yang dihadapi UMNO? Apakah sesudah selesai peralihan kuasa nanti UMNO akan pulih seperti sediakala?
Bukankah masalah terbesar UMNO memulihkan kepercayaan rakyat terhadap parti politik itu? Mendapatkan semula keyakinan rakyat, termasuk ahli UMNO dan BN sendiri, yang tidak mengundi BN dalam PRU 12? Mengkaji mengapa begitu ramai ahli UMNO sendiri tidak mengundi calonnya di Permatang Pauh?
|
|
|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
|
Nampaknya kejayaan kempen ‘Malaysian Malaysia’ sejak PRU-12 telah memberanikan setengah-setengah pihak meneruskan agenda mereka dalam bidang agama dan tulisan Jawi. Sudah timbul golongan yang memprotes Azan di mesjid waktu Subuh. Awal tahun enam-puluhan dulu kerajaan Perikatan telah mengusir keluar dari bilik darjah tulisan Jawi. Akibatnya beberapa generasi anak Melayu buta Jawi. Kini sudah timbul usaha menggantikan nama jalan tulisan Jawi dengan tulisan Cina.
|
|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
|
Ada golongan kini yang mengatakan bahasa Melayu itu menunjukkan perkauman. Kita mesti menggunakan bahasa Malaysia. Apakah mereka tahu atau buat-buat tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada bahasa Malaysia. Yang dimaktubkan bahasa Melayu.
Mengapa bahasa Melayu dianggap perkauman sedangkan mereka menggunakan istilah bahasa Inggeris tanpa merasakan ada unsur perkauman? Di Australia disebut bahasa inggeris. Demikian juga di New Zealand dan Canada. Di India, di Jepun dan negara lain juga di sebut bahasa Inggeris. Malahan orang Amerika menggunakan istilah bahasa Inggeris. Tidak menukarkannya kepada bahasa Amerika sedangkan bahasa Inggeris a la Amerika jauh lebih luas digunakan. Itulah bahasa komputer hari ini.
|
|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
(Ditulis semula dengan pindaan darpada perbincangan pada 1 September 2008)
Zamzarina: Dalam bajet yang lalu jumlah sebanyak 200 juta telah diperuntukkan kepada pembangunan Modal Insan dan 31 bilion untuk Kementerian Pelajaran sementara RM 14.1 bilion lagi untuk Kementerian Pengajian Tinggi. Apa ulasan Profesor?
Abu Bakar: Pada umumnya saya rasa bajet ini mesra rakyat. Mengenai Pembangunan Modal Insan, saya rasa ini memanglah sewajarnya. Cuma kita terlalu banyak bercakap tentang pembangunan modal insan sehingga kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya perlu dibangunkan itu insan itu sendiri. Terdapat aspek lain seperti rohani dan sosial. Maka itu selain modal insan kita tidak boleh lupakan tentang modal sosial. Ini melibatkan nilai bersama, ikatan strategik dan aspek kesetiakawanan, kekeluargaan dan lain-lain lagi.
|
|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
"KUOTA BIASISWA"
Dalam PRU 12 yang baru lalu, majoriti pengundi Cina dan India tidak mengundi BN. Seolah-olah sebagai balasannya kerajaan BN telah menaikkan kuota biasiswa bagi bukan bumiputera daripada 10% kepada 45%. Apakah pengajarannya buat pengundi Melayu untuk PRU 13 nanti? "TAK MAU PAKAI SONGKOK KERANA SATU PRINSIP"
Dulu keris, kini songkok pula menjadi isu politik hangat oleh wakil rakyat DAP. Kedua-duanya lambang yang disanjung tinggi oleh rakyat negara ini zaman berzaman. Bagi YB Gwee Yong Hiong, ADUN Bentayan, Muar, tidak memakai songkok walaupun ini pakaian istiadat DUN Johor sekian lama ‘berkaitan dengan prinsipnya’. Prinsip apa ke tu? Prinsip Malaysia untuk orang Malaysia ke? Bagaimana agaknya rasa pengundinya yang selalu memakai songkok?
|
|
|
|
|
|