Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168036

Pelawat

We have 2 guests online
Resensi Buku
“Yang Miskin dan Yang Mewah” oleh Ishak Hj. Muhammad - Prof. Emeritus Abdullah PDF Print E-mail
Resensi Buku
“Perjuangan Pak Sako itu adalah perjuangan besar dan murni.”

Kata Pendahuluan

Masalah kemiskinan dan kemewahan atau perbedzaan hidup antara golongan “yang tidak berada” dengan golongan “yang berada” atau pun kadang-kadang disebut juga dengan isti1ah-istilah “golongan atasan” dan “golongan bawahan”, golongan kaum buruh dan kaum majikan, yang tertindas dan yang menindas dan sebagainya, masih tinggal menjadi masalah pokok yang penting, dan ada kalanya rumit lagi runcing dalam beberapa buah negeri di seluruh dunia dalam zaman manusia sedang mencapai berbagai-bagai kemajuan yang luar biasa iaitu seperti terbang ke angkasa lepas dan berjalan-jalan di ruangan yang maha luas itu, menurunkan alat-alat sains di muka Bulan, di Bintang Kejora, menanam padi tiga kali setahun, mengeluarkan getah yang berlipat-lipat ganda banyaknya daripada sebatang pokok getah baka baik dan berbagai-bagai kemajuan lagi yang sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk memudah dan menyenangkan manusia hidup dalam dunia ini.
 
Hari-Hari Aku Dizalimi - Dr. Burhanuddin Al-Helmy (Oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan) PDF Print E-mail
Resensi Buku
BurhanuddinApabila saya terbaca tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan surat terbuka Y.B. Dato’ Zaid Ibrahim kepada Perdana Menteri Malaysia, lalu saya teringat kepada dua tokoh yang pernah ditahan di bawah Akta ini, iaitu Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keluarga saya tinggal di kampung Ehya Semanggul, tidak jauh dari rumah Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Pada pagi selepas beliau “dibawa” oleh polis, seluruh kampung gugup dan sepi.

Sebelum pilihanraya pertama, 1955, beliau dibebaskan. Tetapi yang saya terkenang, beliau sering batuk-batuk. Beliau meninggal beberapa tahun kemudian.
 
BAPAK MOHAMAD NATSIR (1908 – 1993): APRESIASI GENERASI KEDUA AKTIVIS ISLAM MALAYSIA PDF Print E-mail
Resensi Buku

Pak Natsir** Artikel yang termuat dalam buku "MOHAMMAD NATSIR BERDAKWAH DIJALUR POLITIK BERPOLITIK DI JALUR DAKWAH" yang diterbitkan sempena Seminar Serantau Memperingati 100 Tahun Pahlawan Nasional Bapak Mohammad Natsir di KUIS pada 10 Januari yang lalu. Seminar adalah anjuran bersama WADAH dan KUIS

Ada tiga insiden yang benar-benar saya ingat, apabila memperkatakan mengenai Pak Natsir, seorang negarawan, pendakwah, intelektual, politikus di Alam Melayu dan Dunia Islam yang sangat saya hormati dan sanjungi.

Rasanya, hampir seluruh warga ABIM yang pernah bersua dengannya atau pernah membaca karyanya mempunyai apresiasi yang sama dengan saya. Ya, seorang tokoh yang amat susah untuk ditandingi. Seorang pendakwah yang amat merendah diri, sopan santun tetapi gigih berdakwah hingga ke hujung hayatnya. Seorang politikus yang Islami yang baginya politik itu untuk tujuan dakwah, bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Seorang intelektual yang luas jangkauan ilmunya yang banyak menyiapkan landasan intelektual di dalam pembinaan negara dan bangsa di awal kemerdekaan. Seorang negarawan yang sentiasa sanggup mengorbankan kepentingan peribadi demi kesejahteraan bangsa dan negara. Juga seorang tokoh Islam yang disanjungi Dunia kerana peranan aktifnya memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa, negara dan agama.

 
Merungkai P'raya Kecil Permatang Pauh PDF Print E-mail
Resensi Buku

PauhUlasan buku Tanggal Mac 8 2008 adalah tarikh keramat yang melambangkan kebangkitan rakyat Malaysia terhadap keangkuhan parti komponen Barisan Nasional sepertimana yang dinyatakan oleh penganalisa politik Kee Chuan Thye dalam bukunya March 8: The Day Malaysians Woke Up.

Satu lagi tarikh penting dalam tahun 2008 ialah 27 Ogos 2008 - tarikh pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh berikutan peletakan jawatan Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

permatang pauh pilihanraya kecil ogos 2008Buku 'Permatang Pauh: Pilihan Raya Kecil Ogos 2008 pula menyingkap semula pilihan raya kecil ini yang telah mengembalikan Anwar Ibrahim ke dalam kancah politik negara.

Satu perbezaan ketara antara penulisan ini dengan karya-karya politik Malaysia yang lain ialah buku ini adalah hasil analisa dan tulisan sekumpulan ahli akademik dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), yang diketuai Dr Zulkanain Abdul Rahman yang bertindak sebagai ketua penyelidik.

Jika Mac 8 merupakan himpunan penulisan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, Permatang Pauh merupakan analisis yang terperinci mengenai pilihanraya kecil yang mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke persada politik nasional.

Antara maklumat yang dimuatkan adalah jumlah pengundian untuk calon berdasarkan saluran di semua daerah mengundi dan rekod keputusan pilihan raya kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1982.

Gambaran menyeluruh

Bab pertama memberikan gambaran menyeluruh mengenai latar belakang kawasan parlimen Permatang Pauh, peratusan pengundi mengikut kaum, dan pusat-pusat pengundian.

 
Memimpin Belia Islam: Menangani Globalisasi & Hegemoni PDF Print E-mail
Resensi Buku
Ahmad AzamBuku ini yang menghimpunkan lapan ucapan dasar Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dari tahun 1997 hingga 2005 merupakan rakaman pemikiran dan pengalaman sepanjang menelusuri pahit maung perjuangan dakwah ketika negara di landa krisis politik umat Melayu manakala umat Islam di seluruh dunia pula mulai berhadapan dengan isu terorisme.

Apabila menghimbau semula pengalaman selama lapan tahun memimpin ABIM, saya merasakan diri begitu kerdil di hadapan Allah Ta`ala. Dengan latar belakang pendidikan sekular, saya memimpin sebuah gerakan Islam yang ternama, dengan sejumlah intelektual dan ulama yang tinggi keilmuannya. Perasaan ini wujud kerana merasakan diri tidak layak, tetapi takdir menentukan amanah yang perlu dipikul sama ada suka atau tidak.

Tiada ucapan yang lebih baik yang boleh diungkapkan selain syukur Alhamdulillah kepada yang Maha Esa. Lapan tahun yang panjang selamat ditempuhi dengan sabar dan tawakal. Pelbagai pengalaman getir telah dirasai hasil tindakan radikal dan berbahaya tetapi kalkulatif. Tindakan radikal dan berbahaya bermaksud membuat keputusan yang melampau dari kebiasaan dengan mengambil risiko yang sangat tinggi, tetapi sarat dengan pertimbangan dan perkiraan yang mendalam. Ini termasuklah pengalaman menangani isu dalam negara terutamanya memimpin gerakan reformasi pada September 1998 sehingga terlempar ke penjara di bawah ISA, menggerakkan ADIL, membantu penubuhan Parti KeADILan Nasional (PKN), dan menggembleng jentera ABIM untuk membantu jentera PKN dalam pilihanraya umum 1999. Sesungguhnya, pengalaman mempelopori Gerakan Reformasi 1998 sangatlah berharga dan membuktikan dasar Non-Partisan yang menekankan kebebasan menentukan sikap politik tanpa terikat dengan mana-mana parti politik sangat relevan demi survival ABIM itu sendiri.