Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168195

Pelawat

We have 7 guests online
Suara Generasi Muda
AKU PENYAIR - S.M ZAKIR PDF Print E-mail
Suara Generasi Muda
Sebungkus Kenangan yang membakar semangat saya luar dan dalam untuk menjadi penyair; meninggalkan Sekepal Tanah, Sebenua Suluk, Setanah Nurani, Seekspresi, si al falsifusi dan semua la yang sedang tandatangan borang pencen penyair.

Saya terhenti lama menulis blog kerana sibuk menguruskan Pertemuan Penyair Nusantara di Kuala Lumpur pada 20-22 November 2009. Acara ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ia merupakan anjuran PENA dengan kerjasama DBP, JKKN, ITNM. Para penyair, penulis, peminat sastera dijemput untuk menyertainya. Yuran RM20. Makan minum disediakan tetapi pengangkutan dan penginapan tanggungan sendiri. Ramai penyair dari Indonesia, Thailand, Singapura, dan Brunei telah mengesahkan kehadiran. Maklumat lanjut boleh ditanya terus ke emel saya This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
 
PKPIM SERU SELURUH MAHASISWA SEMARAKKAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PDF Print E-mail
Suara Generasi Muda
Persatuan Kebangsaan  Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan yang diambil kerajaan untuk mengisytiharkan bulan Oktober ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan.

Selaras dengan perisytiharan tersebut, PKPIM menyeru kepada seluruh anggota masyarakat khususnya generasi pelajar untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menyemarakkan kempen Bahasa Melayu sepanjang bulan Oktober ini.

Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah suatu usaha berterusan yang mampu untuk dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengangkat kembali kedudukan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan sekiranya sepanjang tempoh bulan ini diisi dan dimanfaatkan oleh kita sebaik-baiknya.
 
KENYATAAN MEDIA PKPIM (8 Oktober 2009) PDF Print E-mail
Suara Generasi Muda
KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
8 OKTOBER 2009/19 SYAWAL 1430 H

NGO ANJUR “MALAM PADANG PRIHATIN”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Persatuan Penggiat Seni Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), LLG Cultural Development Centre Bhd (LLG), dan Tamil Foundation akan menganjurkan “Malam Padang Prihatin” pada 11 November 2009 iaitu pada hari Rabu pukul 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.

Tujuan “Malam Padang Prihatin” ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa tragedi gempa di Padang, Indonesia. Selain itu, penganjuran malam ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin.
 
Pemansuhan PPSMI: PKPIM GESA KERAJAAN BERTEGAS PDF Print E-mail
Suara Generasi Muda

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.

Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar PPSMI berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016. Bagi PKPIM tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa dasar PPSMI ini mungkin tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan terus dikekalkan dalam sistem pendidikan negara.

 
Resolusi Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan - 8 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Suara Generasi Muda

RESOLUSI

KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN

Kami dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berbesar hati dengan kehadiran peserta-peserta ke Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan bersempena dengan Muktamar Sanawi PKPIM kali ke-48 yang telah diadakan di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2009 bersamaan dengan 17 Sya’ban 1430 Hijrah. Objektif Kongres ini adalah seperti berikut:

 

  1. 1) Memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani  isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang.
  2. 2) Merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.
  3. 3) Mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’.
  4. 4)Menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai pemangkin dan penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 10